main masak masak :red valvet cake !

Views
Assalamualaikum!

selamat berhari ahad dan selamat mengenyangkan perut. entry ni sebenarnya untuk hari ahad yang lepas. tapi sebab aku ni berpegang pada prinsip barang yang lepas jangan dikenang . so aku malas nak panjang cerita buat je enrty hari ahad ni . simple kan !

minggu lepas aku rajin nak masak sebelum balik pd. aku ni dah giveup cari kerja. dan masa yang sama poli ada buat short sem. so aku dengan berat hati sebab tak dapat duduk rumah lama lama pergi lah daftar. belajar lah balikkk,. nak buat mcm mana. kata student. pasrahhh. sebelum balik . tangan ni dok gatal nak buat kek pulak. bukan apa. nak bagi member yang kurang kasih sayang . hahaaha. so search punya search dapat lah resipi.

aku amik resipi dekat INTAN BERLIAN SI DOKTOER GIGI.HAHA.memang dah lame sangat nak buat. tapi tak sempat. so kali ni sempat pulak. haha.aku siap buat 2 kali. sebab yang first macam tak jadi salahkan loyang tu. sebab die macam terkeluar meleleh dekat bawah. maybe tak kuat kot die punya bond.  tukar loyang terus tak jadi . tension . lepas tu tengok jam . ok sempat lagi. so buat lagi sekali .dia punya frosting dah siapkan awal awal . so jadi lah jugak. buat makan sendiri. walaupun bersepah sebab tangan gatal time panas pergi alihkan dekat pinggan. so amik kau !

RED VALVET CAKE


 ( 250gm ) tepung kek yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar ) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
 (250gm) gula 
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh lemon
1 sudu teh baking soda

**buttermilik tu aku buat guna 240ml susu segar dan satu susu teh lemon. perap 15 minit then masukn perwarna merah

CREAM CHESS FROSTING

250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising



cara caranya 

preheat oven: 175 c

1) ayak serbuk koko dan tepung, garam, soda bikabonat dalam satu bekas dan kacau.
2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko+garam+soda bikabonat yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh lemon juice sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.

6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.

7) Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!hee.



 yang ni yang betul betul cantik . tak jadi buat macam ni. picture credit : google hensem


 kan aku cakap tadi aku punya pecah. jadi macam ni la. benci betul .



hikhik !

p/s : korang try lah.memang tak rugi.sebab rasa die superb !sriyes


terima kasih sudi membaca !jangan lupa LIKE ! hikhik

nv

5 comments:

Laila Majid said...

Red velvet sedapnyeee.menyelerakan ka

Laila Majid said...

Red velvet sedapnyeee.menyelerakan ka

Laila Majid said...

Red velvet sedapnyeee.menyelerakan ka

erlinabunga said...

@laila majid : sedapp kak. rse mcm chesse utk frosting die. try la buattt. nanti kalau buat upload ehh :)hihi

tupperware_merah said...

lapo dibuatnya dtg blog ni -.-

copyright@ ERLINA BUNGA sahaja.TERMS