kawan oh kawan .

Views

 Assalamualaikum !

 Semua orang ada kawan,kalau tak tu bukan manusia. Tapi ade je yg takde member. So terpulang. bythe way. kita teruskan sahaja tanpa ada banyak soal disini ya. sila baca entry ni sambil mendengar lagu sahabat sejati .

Manusia ni ade beberapa jenis dalam berkawan. Ada yang suka berkawan dengan semua orang . peramah sangat. Ada yang peramah tak tentu pasal. Ada yang tak suka berkawan. Ada yang kalau berkawan tu biar sampai mati( I respect) . ada jugak yang kalau berkawan tu nak kawan dengan kau seorang. Lepas tu tak bagi member kawan dengan orang lain. Childish . gua dah besar kot. gua boleh kawan dengan semua orang.

ada pulak yang berkawan dekat sekolah je. Lepas tu masing masing sambung belajar terus lupa. Ada yang lost contct terus. Padahal masa belum habis belajar sumpah setia kau cakap jangan lupa member tau. Contact aku selalu tau. Nanti kita lepak sesame tau. Tapi lepas tu habuk pon takde. Harammmm.  Contact nth kemana. Lepak terbang ke mana.Mana ada kau buat macam tu. Manusia memang akan lupa pada janji yang dibuat. Trust me.

Ada yang spesis tikam dari belakang. Backstabber. Ada yang kaki pulau. Yang ni memang macam haram. Ada yang depan kau baik. Belakang pijak semut pun tak mati. Ha paling dasyat kau kutuk member tu pungpangpungpang. Tapi tangan panjang .kau kutuk orang tu tapi kau buat apa dengan die. ada jugak yang lagi teruk kau khianat persahabatan. dulu kau baik dengan dia. kawan sampai mati katanya. tapi last last apa kau buat. harammm. subahanallah.

Tapi walaumacam mana teruk pun manusia yang kau anggap kawan/sahabat/member tu. Mungkin dorang yang terbaik buat kau. Kita mungkin Nampak salah orang tapi kita tak tahu salah apa kita kat dorang.

Bagi aku senang je. Kau hormat satu benda yang dinamakan persahabatan dan kau akan tahu apa penghormatan yang kau akan dapat. allah akan permudahkan segalanya.  Kalau kau ikhlas dalam berkawan. Orang akan ikhlas dengan kau. Kalau orang tu tahu apa makna persahabatan, mereka akan layan kau selayak mana kau berada dan sejauh mana kau ada dalam hati mereka. Seburuk mana kalau kau ikhlas,sebaik itu orang akan balas. Mungkin dekat dunia tak Nampak.  Tapi dekat SANA allah tahu.

kalau kau rasa hati kau susah pasal benda yang bernama kawan ni. senang je. kau cakap dalam diri kau. allah tahu yang mana terbaik. kalau rasa dorang tu makin jauh, cakap dekat diri mungkin ada salah aku. betulkan diri. ada hikmah benda ni.insyallah. allah akan permudahkan. ( terapi aku jugak).

kau mungkin akan menangis teresak esak sedu seduan kalau hilang kawan. tapi kau akan dapat yang lagi baik dari yang hilang. aku pernah jugak . tapi aku kena percaya qada dan qadar. releks. its time untuk kau beerdikari kalau selama ni kau asyik menyendeng dekat bahu kawan kau ! allah ada.

tapi orang cakap sebab kawan kau gembira dan sebab kawan jugak kau mati ! haaa. yang penting IKHLAS dan jadi diri sendiri. kawan yang baik akan terima kau seadanya. kumpul kawan ramai ramai agar nanti masa kita dah tak ada lagi. mungkin dorang ada untuk doakan kita kalau teringat :)






# aku sayang semua kawan aku dan aku sanggup je berkorban apa sahaja untuk dorang. anda bagaimana? haha


p/s : entry ni bukan luahan hati dan perasan. cuma untuk pengajaran dimasa hadapan.

thanks for reading guys :)

nv
copyright@ ERLINA BUNGA sahaja.TERMS