IBS boleh buat aku mati

Views
Assalamualaikum !
INDUSTRILISED BUILDING SYSTEM. ceh. aku kena buat benda yang mengarut lagi .
sumpah sangat susah nak carik site bagai . kena buat gannt chart . sebelum semua tu aku dah siap kena maki lagi dengan lecturer . tu belom cerita bab kredit lagi . aku bukan anak orang kaya kalau kau nak suruh aku pakai line bagai . lepas tu bila dah datang semangat aku nak call semua company. dan dan tu la semua WRONG NUMBER. company tu semua tipu la. kenapa semua bagi number salah . tahu tak aku susah payah carik number company korang nak bagi senang kerja aku .
nak tanya la. ade ke site bukak hari wekeend? kau tahu tak ? aku macam tak taw la. curious laa .
tolong la sesiapa yang baik hati ade number telephone mane-mane company yang mengunakan IBS system yang lagi senang nak bagi korang paham : syarikat yang mengunakan system pasang siap bila nak buat sesuatu bangunan .macam bila nak buat dinding semua tu,benda dah siap.tak payah kau na terhegeh-hegeh bancuh konkrit,kire buat kerja off site laa.senang dan jimat masa.
sebab aku sangat tension sekarang. jerawat tak payah cakap la kan. segar bugar pulak die tumbuh dekat dahi aku . agaknya aku letak baja tahi ayam la kot sebab tu makin fresh. ok tak lawak. lepas la siap semua kerja aku ni .aku nak pergi berjihad pulak .hahaha.
p/s : nak post kat blogger pnye web. nak mintak tolong !! waaaaa
nv

puasa dan makanan

Views
Assalamulaikum!
macam biase. bila dah puase macam ni nafsu makan aku lain macam sikit . aku dan makanan .gila kau mana boleh pisah . macam isi dan kuku . hahaha. hari tu aku dan kawan-kawan saya yang kaya dan comel semua semua ni (hahaha) pergi buke puase dekat luar. kau tahu tak sepanjang bulan puase ni berape kali je aku masak ade lah dalam 2- 3 kali . banyak kan? kau tak payah nak cakap aku pemalas .aku pukul karang .!
kiteorang makan seamboat ! masuk nilai. kahkah . dorang ni buang tebiat je. tetibe perut nak makan steamboat .mak aii. selera punya la besauu. layan la kan .hahaha. boleh tak nak masuk gamba je . malas la nak cakap banyak .
*kahkahkah (gelak guling-guling tgk muke sendiri)hahahhaa
mamat-mamat ni yang sangat banyak makan .tengok dorang makan seram aku.hahha
aku ingat puase-puase ni badan makin kurus,ni makin gemok. kelakar. dah macam haiwan ternakan yang comel dah aku ni.hahha
cube tengok muke kebulur aku. hahaaha
serious, dorang macam pirana. kalau aku letak kau confirm tinggal gigi je,hahaha
aku perasan mane ade gambar yang sebelum makan. semua selepas makan selama 2 jam je. sebab kiteorang tak ada masa la nak amik gambar.masing-masing busy nak penuhkan perut dulu. kahkah
walaupun makan bayar mahal-mahal. best kot. tapi ade pulak yang SELFISH .tak pe,hari ni hari kau der. besok tulat kulat hari kiteorang . hihi
dah penat.babai !
nv

wordless thursday :)

Views
Assalamulaikum !
malam-malam macam ni aku bengang .tu je nak cakap .
kbai.
nv

perasaan malas mainan setan !

Views
Assalamualaikum !
setan tu musuh utama manusia sebab dia yang buat kau lalai dan buat kau jadi pemalas. so kalau tanak jadi kawan baik setan , kau kena la rajin-rajinkan diri kau tu .aku tak nak rumah aku jadi kotor macam ni .hamik kau aku terus sebut pasal setan.
aku tanak nak rumah aku jadi macam ni!
aku nak rumah yang bersih dan suci supaya proses penghadaman mudah dicerna mcm ni !
so, bila nak rumah bersih .kena la rajin mengemas macam ni !(mcm aku.haha)
hello.kau duduk dengan manusia. bukan dengan haiwan dalam zoo. haiwan pun tahu apa itu kebersihan .nak aku ajar ke pasal KEBERSIHAN ? boleh saja ajarin kamu .kau tengok sampah-sampah tu lepas tu aku kurung kau dalam 2 hari. tengok tahan ke tidak kau . nak ke?
nasib baik sekarang bulan puase . tak ada hantu setan dan jin . tapi aku takut aku yang jadi hantu karang .hihi
p/s: aku pindah karang taw laa
nv

ramadhan dan puasa !

Views
Assalamulaikum !
selamat datang ramadhan dan selamat tinggal hantu dan setan-setan. aku memang sangat malas sekarang nak update blog. kalau time cuti tu kemain aku berkobar-kobar konon aku akn update hari-hari la, blogwalking dan lain-lain. tapi last-last asal online je, mesti ada benda lain aku nak buat .so terbantut la niat aku . nak nak sekrang dah masuk poli balik. ha. lagi la perasaan pemalas tu datang membu
ak-buak .lagi-lagi connection broadband tak ade. kalau online memang stock kena maki buat ape kan . baik simpan lappy aku tu sebelum kena baling anjing kat luar .rumah saya ada anjing je okay . haha
dah puase ke 7 baru aku terhegeh-hegeh nak wish la bagai .i tak ada mase la u. busy ni .haha. yang tak boleh blah. time puase ni la lecturer aku sibuk suruh mengukur jalab la pulak panas-panas puase ni . masyallah . dugaan betul. sampai rase tanah tu sekali pandang dah nampak macam katil pulak. boleh je baring . asyik pikir air datang la kepada aku . nasib baik aku ni orang yang kire kuat iman la menahan nafsu makan.hahahahaha. padahal kalau pergi bazaar memang macam orang gila. aku rasa macam contest yang orang tu bagi aku RM 100 dan aku kena habiskan dalam 5 minit dan aku confirm menang. ha
hahaha
tu baru dekat rumah seremban . kalau kat rumah sewa macam teruk sikit la. sape rajin kau la masak . sapa tak rajin kau makan la hati . aku rajin okay .siapa yang masak puding coklat berkuah susu kalau bukan aku ? siape yang masak lauk kobis masak lemak kalau bukan aku? fine.lauk memang nampka euww.tak menyelerakan. rase die? perghh. hahaahahahah
ni puding yang sedap dan menyelerakan. kawan-kawan saya sangat MENGEMARINYE ! HAHA
dah la. sekali dtg mood berjela-jela aku type. cube kalau malas. satu huruf pon tak nampak. aku patut buat assigment sekarang kan . babai
p/s: aku baru perasan aku tak wish lagi
SELAMAT BERPUASE BLOGGERS SUME :)
siape nak buat majlis buka puase bagitw saya. haha
nv
copyright@ ERLINA BUNGA sahaja.TERMS