recipe : oreo chesse cake omey omey

Views
Assalamualaikum !

aku update blog kali ni lepas senyap je mesti nak update recipe kan . yes. tekaan korang betul. padahal entah bila masanya ade orang bertanya . haha. well well well. all is well. hari ni aku nak share recipe
 OREO CHESSE CAKE OMEY OMEY .kenapa mesti nak tambah omey omey dekat belakang tajuk ? sebab aku rasa siapa yang makan chesse cake automatik lemak die akan naik dan kau nampak tak lemak dekat perut kau ? kan omey omey tu. hahaha

so here the recipe :

bahan bahan
500 g cream chesse
250 castor sugar
2 tea spoon of lemon
160ml water
2 packet oreo (crushed)
3 tablespoon butter
3 biji telur


cara-cara :
 1) mula mula panaskan butter .lepastu masukkan si oreo yang korang crush tadi tu dalam loyang berisi butter . mampatkan. then ketepikan.
2) untuk cheese die pulak mixed kan cream chesse,gula castor, mixed sampai sebati
3)masukkan telur satu persatu, lemon juice, and air. mixed sampai kembang
4) pre-heat oven 180 celcius 40 minutes
5) tuang mixed tadi dalam loyang yang ade si oreo tu
6)bakes sampai masak. cucuk gune lidi sebab nak tengok dah masak ke dalam die.
7) dah mask masukan dalam fridge and makan !!

 # dah siap mixed sume jadi la macam ni



 mesti korang pelik apahal la pulak buruk gila kek aku kan. sebab aku ni mempunyai tangan segatal gatalnye. aku g alihkan kek ni dekat pinggan. lepas tu melekat bila aku nak terbalikkan balik. so makan la kau kek sarang semut. hahahahha. walaupun buruk. aku rasa semua kek aku rupe die memang tak menyelerakan melainkan aku rembat dari google. hahhaa.

sila lah makan sambil kau buat exercise naik takasima. buat gaya "aku memang kurus okay mata dekat perut". hell.


aku mesti ada. haha


terima kasih sudi baca :)

nv

recipe: lasagna hodoh

Views
Assalamualaikum !

aku dulu memang tak tahu sebut nama makanan ni dan tak suka pun. lepas tu akak aku bawak g makan satu cafe yang comel comel ni terus suka. macam terus pikir. senang je nak buat. lepas tu aku try. dan jadi lahh lasagna.macam mana nak sebut LASAGNA? lazat...nyaa.... hahahaa
.bytheway.die punye rupe buruk gila tapi rasa pergh boleh menangis makan sebab sedap . kalau aku buat menangis sambil sedu sedu. so i'll make quick update sebab aku busy. hahahha


# aku rembat dari google. aku buat tak ade lah hebat macam ni, kalau hebat dah lame aku menangis.



bahan-bahan
 daging cincang
cheddar chesse
mozarella chesse( parut cheddar chesse pun boleh )
carrot(potong dadu)
tomato( potong dadu)
bawang putih dan merah( potong dadu)
lasagna sheet ( beli yang ta payah pre cooking)
fresh milk

cara-cara:
aku main campak campak je masak buat macam spegheti punye sauce
tumis daging cincang with all the bawangg, sayur sayur semua tu, asingkan.kalau nak pedas letak lah lada. aku letak lada lepas tu peper/salt. kasi mantap

sauce :
untuk sauce die yang pekat pekat tu sila guna butter untuk masak die punye cheddar
2 tblespoon butter
half of cheddar block,
 masukkan fresh milk. letak peper/salt lagi .
mix sampai die jadi likat/pekat.

then amik cassarole gris with butter supaya benda tu tak melekat.
susun lasgna sheet yang tak payah boil tu dalam cassarole.then letak daging sedap tu. then sauce chesse.
yang penting atas sekali jangan lupa taburkan dengan mozarella chesse untuk nampak power.
buat sampai berapa tingkat kau nak. jangan lah tingggi sangat. nanti jatuh.
masuk oven/microwaves with 180 celcius at 30 minutes.

tapi seriously lah . rupe die buruk .tapi rase sedap. tak tahu lah kau buat cantik pulak kan. hahaha. dan dan. aku tak boleh masukkan gambar lasagna aku from phone to the lappy. biaselah. windows phone loser ! haha. jangan cakap aku tak buat pulak. wuuuu

p/s : betul ke kalau bau makanan sedap boleh buat kite gemok ? kalau betul shitlahh ! haha

terima kasih sudi membaca :)

nv

kawan oh kawan .

Views

 Assalamualaikum !

 Semua orang ada kawan,kalau tak tu bukan manusia. Tapi ade je yg takde member. So terpulang. bythe way. kita teruskan sahaja tanpa ada banyak soal disini ya. sila baca entry ni sambil mendengar lagu sahabat sejati .

Manusia ni ade beberapa jenis dalam berkawan. Ada yang suka berkawan dengan semua orang . peramah sangat. Ada yang peramah tak tentu pasal. Ada yang tak suka berkawan. Ada yang kalau berkawan tu biar sampai mati( I respect) . ada jugak yang kalau berkawan tu nak kawan dengan kau seorang. Lepas tu tak bagi member kawan dengan orang lain. Childish . gua dah besar kot. gua boleh kawan dengan semua orang.

ada pulak yang berkawan dekat sekolah je. Lepas tu masing masing sambung belajar terus lupa. Ada yang lost contct terus. Padahal masa belum habis belajar sumpah setia kau cakap jangan lupa member tau. Contact aku selalu tau. Nanti kita lepak sesame tau. Tapi lepas tu habuk pon takde. Harammmm.  Contact nth kemana. Lepak terbang ke mana.Mana ada kau buat macam tu. Manusia memang akan lupa pada janji yang dibuat. Trust me.

Ada yang spesis tikam dari belakang. Backstabber. Ada yang kaki pulau. Yang ni memang macam haram. Ada yang depan kau baik. Belakang pijak semut pun tak mati. Ha paling dasyat kau kutuk member tu pungpangpungpang. Tapi tangan panjang .kau kutuk orang tu tapi kau buat apa dengan die. ada jugak yang lagi teruk kau khianat persahabatan. dulu kau baik dengan dia. kawan sampai mati katanya. tapi last last apa kau buat. harammm. subahanallah.

Tapi walaumacam mana teruk pun manusia yang kau anggap kawan/sahabat/member tu. Mungkin dorang yang terbaik buat kau. Kita mungkin Nampak salah orang tapi kita tak tahu salah apa kita kat dorang.

Bagi aku senang je. Kau hormat satu benda yang dinamakan persahabatan dan kau akan tahu apa penghormatan yang kau akan dapat. allah akan permudahkan segalanya.  Kalau kau ikhlas dalam berkawan. Orang akan ikhlas dengan kau. Kalau orang tu tahu apa makna persahabatan, mereka akan layan kau selayak mana kau berada dan sejauh mana kau ada dalam hati mereka. Seburuk mana kalau kau ikhlas,sebaik itu orang akan balas. Mungkin dekat dunia tak Nampak.  Tapi dekat SANA allah tahu.

kalau kau rasa hati kau susah pasal benda yang bernama kawan ni. senang je. kau cakap dalam diri kau. allah tahu yang mana terbaik. kalau rasa dorang tu makin jauh, cakap dekat diri mungkin ada salah aku. betulkan diri. ada hikmah benda ni.insyallah. allah akan permudahkan. ( terapi aku jugak).

kau mungkin akan menangis teresak esak sedu seduan kalau hilang kawan. tapi kau akan dapat yang lagi baik dari yang hilang. aku pernah jugak . tapi aku kena percaya qada dan qadar. releks. its time untuk kau beerdikari kalau selama ni kau asyik menyendeng dekat bahu kawan kau ! allah ada.

tapi orang cakap sebab kawan kau gembira dan sebab kawan jugak kau mati ! haaa. yang penting IKHLAS dan jadi diri sendiri. kawan yang baik akan terima kau seadanya. kumpul kawan ramai ramai agar nanti masa kita dah tak ada lagi. mungkin dorang ada untuk doakan kita kalau teringat :)






# aku sayang semua kawan aku dan aku sanggup je berkorban apa sahaja untuk dorang. anda bagaimana? haha


p/s : entry ni bukan luahan hati dan perasan. cuma untuk pengajaran dimasa hadapan.

thanks for reading guys :)

nv

masa kecik kecik dulu.....

Views
Assalamualaikum!


penah dengar dan lihat subject pendidikan seni ? bukan seni visual masa kau tingkatan tingkatan tu. ni masa kau darjah darjah. yang buat aku fobia pasal subject ni la. aku cukup menyampah bila benda bekaitan dengan seni bagai . seni lukis ke. seni canting batik ke pendek kata seni dengan aku memang macam kucing dengan gajah . tak boleh diletakkan dalam satu ayat . boleh imagine tak?ok paham

haritu adik aku ada exam ape tah . lepas tu dia kata "kak na ! akim ada seni esok ni ? nak buat ape?"
lepas tu aku cakap lah "mane kertas soalan ?" okay. dia bagi . adik adik aku ni ada jenis perangai yang mana diaorang tak heran langsung pasal exam . esok exam apa pun dorang tak tahu.jadual exam pun mana pulak letak.  yang pelik ayah aku boleh buat dekk jer. kalau aku dulu tak cukup kaki tangan kerusi ayah aku balun kalau macam ni punya perangai . mungkin sebab ayah aku dah tua tapi masih kacak so dia macam tak kisah. its okay. anak ayah semua pandai . hahaha.wadefak lah kan . haha.

lepas tu dia suruh pilih lah jenis apa jadah kau nak buat time exam tu nanti . ada lukis poster sambutan hari guru yang bakal menjelmalah . yadaa yadaaa..ada suruh buat corak guna bahan makanan. macam kentang , bawang . yang batang pisang tu . so adik aku decide lah buat benda tu . aku dengan mak aku ambik la kentang, bawang semuaa . try lah buat. lawak betol lah memang dah bertahun aku tinggalkan sekolah dan mak aku sudah tentu la kan. kiteorang lupa macam mana nak buat . potong sana. potong sini . and aku yang jarang balik rumah masa weekday ni macam pikir "wah. ayah ngn ibu ni rajin tolong hakim kan buat kerja sekolah die. kagum sekejap" . bayang kan.masa aku dulu memang tak ada mak ayah tolong. buek lah sendiri. kerja kau kan. whatevaaaaa..

 # buruk gila jadinye. sebab buat bende ni hari ahad malam. adik aku cakap exam hari isnin.tapi rupanya exam hari jumaat . bekepam. last last buat baru. haha




# ada FLOWER. bintang ape jadah lagi tu. kura kura? haha (pahal bunga nak capslock)


# handsome kau hakim !

lepas tu, kan masa sekolah ada nombor nombor dalam kelas. adat lah sapa paling pandai duduk paling atas, lepas tu tahun seterusnya masuk kelas pandai. masa tu tak pe lah. masuk kelas tak pandai sangat pun tak kisah. asal kan ada dengan kawan kawan. haha. typical sekolah . haha. adik aku ni pun dapat lah no 3 dalam kelas die yang entah berapa orang tu. kalau no 3 untuk 10 orang dalam kelas tak heran aku . sebagai reward dia dapat no 3, walaupun dia tak study pun. ish.pandai pulak.then aku cakap "kau ni. asyk dapat no 3 je. bila masa nak dapat n0 1 ? lepas tu dia boleh jawab "kak na tak tahu susah okay. aku tengah berusaha lah ni nak dapat no 1. kau apa tahu. main internet je". mulut die tu memang menyampah aku.lepas tu mintak kat ibu aku kasut NIKE. hamik kau. sedas. ibu aku pun belikan lah. ok. dapat lah kasut baru. kalau cerita pasal adik aku ni. memang tak habis. banyak sangat ragam dia, hahaha. sebaik post entry time dekat rumah. kalau kat hostel menangis aku rindu dia. hahaaha



# that's my adik yang super duper gemok nak mampus ! haha. semalam die cakap dekat aku."kak na ! muka kau ni buruk lah. macam mana lah ehem terpikat dekat kau. macam biawak ! biasalah muka bepeluh lepas buat kerja. selebet selekeh die kata aku buruk. memang kurang ajar ! hahahaa

p/s: panjang nak mampus aku type. penat. hahaaha

thanks for reading. LIKE ya !

nv

main masak masak :red valvet cake !

Views
Assalamualaikum!

selamat berhari ahad dan selamat mengenyangkan perut. entry ni sebenarnya untuk hari ahad yang lepas. tapi sebab aku ni berpegang pada prinsip barang yang lepas jangan dikenang . so aku malas nak panjang cerita buat je enrty hari ahad ni . simple kan !

minggu lepas aku rajin nak masak sebelum balik pd. aku ni dah giveup cari kerja. dan masa yang sama poli ada buat short sem. so aku dengan berat hati sebab tak dapat duduk rumah lama lama pergi lah daftar. belajar lah balikkk,. nak buat mcm mana. kata student. pasrahhh. sebelum balik . tangan ni dok gatal nak buat kek pulak. bukan apa. nak bagi member yang kurang kasih sayang . hahaaha. so search punya search dapat lah resipi.

aku amik resipi dekat INTAN BERLIAN SI DOKTOER GIGI.HAHA.memang dah lame sangat nak buat. tapi tak sempat. so kali ni sempat pulak. haha.aku siap buat 2 kali. sebab yang first macam tak jadi salahkan loyang tu. sebab die macam terkeluar meleleh dekat bawah. maybe tak kuat kot die punya bond.  tukar loyang terus tak jadi . tension . lepas tu tengok jam . ok sempat lagi. so buat lagi sekali .dia punya frosting dah siapkan awal awal . so jadi lah jugak. buat makan sendiri. walaupun bersepah sebab tangan gatal time panas pergi alihkan dekat pinggan. so amik kau !

RED VALVET CAKE


 ( 250gm ) tepung kek yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar ) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
 (250gm) gula 
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh lemon
1 sudu teh baking soda

**buttermilik tu aku buat guna 240ml susu segar dan satu susu teh lemon. perap 15 minit then masukn perwarna merah

CREAM CHESS FROSTING

250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising



cara caranya 

preheat oven: 175 c

1) ayak serbuk koko dan tepung, garam, soda bikabonat dalam satu bekas dan kacau.
2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko+garam+soda bikabonat yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh lemon juice sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.

6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.

7) Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!hee.



 yang ni yang betul betul cantik . tak jadi buat macam ni. picture credit : google hensem


 kan aku cakap tadi aku punya pecah. jadi macam ni la. benci betul .



hikhik !

p/s : korang try lah.memang tak rugi.sebab rasa die superb !sriyes


terima kasih sudi membaca !jangan lupa LIKE ! hikhik

nv

main masak masak lepas penat cari kerja.

Views
Assalamualaikum !

apahal title aku panjang nak mampus? tapi tak ape. biar korang paham apa yang terbuku dihati.hahaahah. bodoh gila statement. btw. aku ingat bila dah cuti semester macam ni aku boleh duduk tenang dekat rumah. duduk rumah melantak .lepas tu dengan azam nak mencari kerja yang konon pasti dapat.rupa rupanya indah khabar dari rupa. bagai menanam tebu di tepi bibir. eh pahal nak berperibahasa bagai . penat aku mencari kerja dari ke hujung sampai ke hulu. dari ke hulu patah balik hujung.bila dah dapat mak aku bising kata jauh, bila tak dapat disuruhnya aku jadi bibik dekat rumah. pasrah lah. tapi kalau namanya tak dok rezeki nak buek camno kan? berserah je lah pada takdir. bunyi macam aku dah menyerah . memang pun. pasrah aku dengan kau ni lah kerja !

ha lepas dah merayau rayau cari kerja . aku rasa orang tengok aku mesti ingat aku gila sebab macam tak siuman je merayau dekat dataran panas panas buta tak kira siang malam. bodoh aku rasa. hahaha. sebab tu bila aku dah penat carik kerja aku masak . berjaya jugak lah nasi ayam dengan kek aku. hahahaha.


 nasi ayam aku yang comel. ohh.hahaha
 aku buat chocolate moist guna benda alah ni. tapi kenala pandai mix dengan benda lain kalau nak rasa die ohmyjayy.
masa kukus. lama sangat. rasa nak baling je periuk multipurpose ni ha !

bahan-bahan kek:
tepung ready made cap NONA kelas kau jah. 
minyak 150g
air 150 g

cara-cara
mixed je bahan bahan. makesure mixed sampai kembang
lepas tu masukan dalam bekas
nak bakar or steam pun boleh. 
aku suka steam sebab rasa die moist lembut lembut. nyummy

topping
nak buat boleh tanak pun okay.sebab dah cukup moist dah
cairkan coklat masakan with butter.
masukkan fresh milk
mix kan sampai pekat
lepas tu letak lah atas kek yang dah siap steam tu.

selamat mencuba ! simple je kot.dah pass dah nak kawin.hahaaha


aku gangster. lu pahal ! gangster suka masak.haha
p/s: entry aku kali ni macam gampang .

LIKE lah kalau comel. hahaah

nv

hidup perlu perubahan

Views


Assalamulaikum !

" yeayy !aku dah cuti sem. boleh lah aku update blog hari hari.",detik hatiku .
"ah yela kau tu . cakap lebih buatnye tidak , tu lah azam kau setiap kali kau cuti sem", kata hatiku lagi.
"ish ! aku akan buktikan pada kau setan hati !", bentak hati kecilku .

************************
hahahaha. pahal nak berdrama bagai . watlek der. gua cuti 2 bulan der. boleh je mengadap facebook. stalker belog orang . gua jadi bibik kot. hahaha. malas nak merapu . aku dah cuti . habis lah seksa mengadap kertas QM yang aku harap lulus la dengan izin allah . haha. dah duduk duduk rumah ni ta reti dah ke apply kerja jadi bibik. aku dah apply dah kot. mak aku dah paksa aku isiform siap dgn caruman kwsp untuk jaminan dihari tua.

dulu masa duduk hostel rasa tak sabar sangat nak duduk rumah sewa. apa kate orang kononnye duduk hostel jiwa kacau. kaki mengigil hati berdebar masa mak ayah nak hantar balik hostel. katanya lagi duduk dalam penat. jauh kena jalan kaki .tak boleh balik lambat kalau outing. kalau mak ayah nak hantar kena cecepat . sebelum pukul 6 ptg. menangis cerita dekat mak ayah. heboh satu kampung cakap hostel teruk dera pergi surau setiap hari sampai tak boleh belajar.duduk hostel banyak duit habis.makanan dekat cafe mahal. miskin terus :( duduk dalam tak boleh study lama lama dengan boys . pukul 11 dah kena balik. ape lah surau boys !

lepas tu. habis je semester pertama terus carik rumah sewa. katanya duduk rumah sewa hilang lah jiwa kacau, tenang lah katanya . duduk rumah sewa dekat . mak ayah boleh hantar lambat. tak payah kelamkabut. lepastu boleh jimat duit. masak dekat rumah sewa semua. tak payah lah bank in duit.ptptn pon tak habis cepat .boleh study dgn boyss smpai 3 pagi lepas tu JKK lalu baling kau dgn air. watlek je. padahal kau nka dating .ceh cehhh

masuk je setahun duduk rumah sewa. mula lah isu berbangkit terbangkit timbul. masa dekat rumah sewa lah cakap alahaii. duit cepat je habis. ehh. aku tak bayar sewa bulan ni lagi eh ? weh. kenapa kena bayar bil air api semua. dekat rumah mak ayah aku yang bayar .aduyai .duit ptptn pun dah habis ni .mcm mana nak shopping ni. well well well . haha . tiba tiba je benda ni timbul. masa kau dekat asrama kemain banyak alasan kau nak duduk rumah sewa. masa dekat rumah sewa lagi banyak alasan kau nak duduk hostel . dah tak kira. mesti nak dapat hostel. tak kira lah member cakap ape. eh kau duduk hostel ke sem depan? habis lah kau kena pergi surau tiap tiap hari. jadi budak baik lah kau kann. hahaha(gelak jahat). time ni kau dah tak peduli lah apa kata orang sekeliling. kau jawab no comment please. ape salahnya sekali sekala aku duduk hostel.boleh jadi baik. tak macam kau jadi setan duduk lua.cakap na study.tapi dating. hahahaah.




ni la rumah sewa saya untuk sem 3. masa exam memang macam ni. belum tengok dinding lagi.haha. gamba sem 2 mana tahh. 

 tempat tidur ku. kemain serabut. masa nak pack barang. sian strawbewi tersepit.haha
 dak ainna cakap macam nak pergi oversea. time ni exam kot. aku tak tahu la macam mana aku boleh packing barang time exam. habis hilang hydraulik aku.
 ok ! done. jangan tertpu.aku ade banyak lagi beg untuk nak muatkan segala harta benda aku yang bila masanya kereta tak muat. ishhh
ni lah budak yang kena duduk hostel. babai lah sesiapa yang selalu lalu lalang depan rumah i. tak dpt tgk i sidai kain lagi. yang usha i jugak.auww.perasan.ahahahha.eh adik lempeng jugak yang datang mintak lempeng.hahaahah
 hidup ni perlulah perubahan. kenal lah berubaj mengikut keadaan. kalau nak ditakut lama je. memang tak lah nak maju. improve sikit. jangan noob sangat. refer dekat diri sendiri sebenarnya .hihiii



blog ni dah tukar nama bytheway .sekarang dikenali sebagai :terima kasihh. 
LIKE lah kalau comel. haha

nv

my recipe: kek biskut meryy

Views
Asslamualaikum !
sebab aku ni student civil yang maha rajin sampai tak terkira lagi dah . aku buat biskut kek mery atau orang bandar panggil kek biskut batik . aku pun tak tahu la kenapa aku rajin gila nak masak masak bagai macam lah final aku nanti keluar segala resipi yang aku masak . so sebelum final. aku buat lah marathon masak masak kot kot boleh kahwin dengan si oliver tukang masak yang comel comel tu .hikhikk.
sebelum aku merepek banyak jom aku kenalkan macam mana rupa si budak merry ni . kalau ikut muka die sangat lah buruk. dah la hitam. legam . selekeh. comot.gendut. semua lah. tapi bila makan . mak aii. kau tak akan rasa kesedapan beliau dimana mana lagi .haha. bodoh gila.
# PIC CREDIT TO ENCIK GOOGLE YANG OHSEM
bahan bahan :
biskut merry
milo 1 cawan besar
susu F&N satu tin
telur 1 biji
koko sikit kalau nak sedap
butter
mula mula patahkan biskut tu ikut suka hang. lepas tu panaskan butter. api tak payah nak besar sangat. nanti hangus pulak . lepas tu masukkan susu 1 tin, milo and last sekali milo .jangan masukkn milo sebelum susu. nanti keras milo kau. lps tu telur. mix kan sampai agak agak dah sedap . letak koko sikit . jangan banyak2. nanti pahit. then masukkan biskut . kacau sampai sebati. lepastu masukan dalam bekas and penyekkan guna senduk. dah siap ! masukkan dalam fridge. dah keras and sejuk bru potong . tapi kalau kau nak macam lembik sikit. rendam biskut tadi dengan air. sikit je. nti lembik sikit. sesuai untuk orang yang tak ada gigi.hahhaa.
okay, tu je.paham tak? bagus paham . kalau tak paham pandai pandai la kau carik sendiri.ehh. time panas jangan masuk dalam fridge. tunggu sejuk sikit. nanti jahanam fridge 10 tingkat kauu tu. haha
#ni lah tukang masak paling ohsem abad ini !kek tu pon aku buat, hahaha. apekejadah .

terima kasih sudi baca. :) meh like sikit !

nv

lesson today : bercakap soal takdir

Views

Assalamualaikum !

Fate – everything happens for a reason. And when fate happens look for the good in it as it is there.

bercakap soal takdir. macam ayat dekat atas. semua yang terjadi atas sebab yang tersendiri dan mungkin takdir terjadi atas tindakan sendiri. nothing happens by change, by fate ,you create your own fate by your action. and that is KARMA.dan apa pulak karma yang tiba tiba menjadi isu berbangkit terbangkit pulak kan ? karma tu bukan macam what you give me, u'll get back . that's karma dan kau akan karam atas perbuatan kau sendiri kan .

okay.lets's say. kau tiba tiba jumpa somebody yang buat kau fall in love with her/him . and kau get married with her/him . itu takdir kan ? atau kau berkahwin dengan pilihan family kau. kau tak pernah kenal die dan tiba tiba kau kena kahwin dengan dia hidup dengan die tanpa ada rasa cinta and u'r marrige happilly ever after. sound like very cliche malay novel. but it's happen . bukan aku might be orang sekeliling kau, its fate jugak kan ?and kalau kau futher study and kau tetibe salah pilih course dan kau rasa down gila haram punya and kau cakap dekat diri kau sendiri okay . that's a fate. takdir. dah ditakdir kan kau tersalah pilih course dan disebabkan kau nak build up again your spirit yang dah down tu kau cakap macam tu . so how about the fate is nothing change by happen but ur action ? haaa. acane tu ? aku rasa lec aku pernah cakap satu qoute ni . die cakap sebenarnya tak ada takdir yang berlaku dalam hidup seseorang melainkan diri sendiri yang menakdirkan .sama la maksud jangan biarkan sesuatu benda jadi takdir disebabkan perbuatan diri sendiri.

okay. takdir jugak ke kalau aku terjumpa seseorang yang aku tahu jarang bawak benda yang bahagia untuk aku . dan aku kena tipu diri sendiri cakap oh okay . aku bahagia dengan kau i'm so happy with u (not a guy laa ) . full of lied . padahal perkara yang paling aku nak buat nak cakap adalah aku benci kau. aku tak suka kau . tapi itu adalah tindakan orang gila yang die punya level under ground. sebab tanak IQ level aku jadi macam tu (penat kot my parents send me to even a poli bla bla ) aku jadi macam ni. tipu diri sendiri and cakap i'm too used to it.always cakap macam tu .dan hati pun kadang kadang tak boleh kompromi lagi .akan cakap spill out bunga, kau kena cakap.but how? damm ! hati pun tak bersih. full of hatred . dengki . jeleous ( its normal babe if u're in my situation). tapi apa kau boleh buat ? yang mampu berdoa kpd ALLAH SWT agar hati mampu dibersihkan tanpa ada perasaan lain. okay. that's it.takdir ke itu ? takdir yang bring me along in this situation? ke aku sendiri yang tempah bala? only ALLAH know ..

so itulah dia lesson aku for today . entah kenapa aku tetiba terdorong nak make a sound stupid bukak pekok sendiri. but itulah yang jadi. no gibby right ? rasa nak muhasabah diri and dengar lagu nasyid banyak supaya diri tak sakit lagi .

p/s : Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together, but do so with all your heart. ( harap harap la. sama sama berdoa la yer )


terima kasih sudi baca. jemput lah LIKE :)

nv

lecturer penyelamat daripada failed !haha

Views
Assalamualaikum !
setelah berbulan bulan aku biarkan belog aku jadi kapal karam. hari ni aku nak buat entry pulak. malu rasanya sebab macam muka tak tahu malu je . dulu aku beriye iye je tetapkan azam 2012 ni nak jadi blogger tegar. nak buat entry banyak banyak . nak upload macam macam . last last tengok jadi hape ? satu hape tak ada. tak nampak .
tengok .aku suka lari dari tajuk asal.benci betul .cis !!
as a student la . korang kena la hormat dekat lecturer walaupun macam mana annoying super duper . . sounds like aku ni student paling kurang ajar kan bytheway , kadang kadang lec tu lagi kurang asam dari student . bukan semua tapi certain of them . okay let say, kalau lec kau tu lelaki yang of course dah tua la kan . nak pegang k
au student perempuan yang die anggap kau macam anak die haktuih lepas tu siap gosok gosok bahu kira yang boleh mendatangkan perasaan tak sedap kpd lec tu sendiri or student ( not me) how ya ? nak tengok je ? or lari lintang pukang pergi dekat pengarah cakap lec tu kan buat sexual harassment dekat kau . pengarah percaya ke ? jangan nak buat lawak semestar la . die maki kau balik ade lah .
okay lepas tu , dak perempuan tu macam melawan balik sebab nak pertahankan maruah die yang tak suka lelaki sentuh die even ur own lecturer. lec tu boleh marah and heboh dekat satu kelas yang budak perempuan ni tak boleh dipegang.nak sentuh sikit pun tak boleh tak sporting . siap heboh dengan lelaki semua pasal perempuan yang cube nak defend their own pride. how shit you are. kau kena ingat. anak tak anak. student tak
student . yang haram tetap haram and so on . tapi lecturer tetap lecturer yang bagi aku marks supaya aku tak repeat paper. ape nak buat .hmm
#macam ni la student yang lec suka ! cis
entry kali ni aku memang bimboo habis. who's care.

kalau suka LIKE lah . terima kasih sudi baca :)

nv

ku pinang kau dengan bismillah

Views

ASSALAMULAIKUM !
LAGU TERHEBAT UNTUK DIRI KU ! HAHA
Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

restu ALLAH semua terjadi

nv

CONTEST : GADIS BLOGGER BY KZNABIHAH

Views
Assalamualaikum !
aku baru dapat tag dari NISA LOLA untuk bersama sama dia menyertai
die tag aku 19 dec 2011 . dan sekarang dah 6 jan 2012. haha .nampak sangat aku ni busy kan .
okay . terus terang kenapa semua orang suka berfesyen ? sebab nak nampak cantik kan ? kenapa nak nampak cantik ?specific question sebab semua orang ada sebab sendiri. sebagai salah satu cara how to improve your confident level juga pastinya. so dengan menyertai GADIS BLOGGER BY KZ NABIHAH sedikit sebanyak dapat menjadikan kau lebih berkeyakinan dalam apa jua . untuk semua . tak salah nak bergaya . nak berphotoshoot bagai ke hape ke. tak salah . cuma berani dengan tak sahaja . dan KZNABIHAH menyediakan semua untuk anda tak kira siapa anda.dan diharap jugak saya boleh membantu negara dengan kemenangan yang saya akan kecapi. eh macam nak masuk ratu cantik pulak statement aku. haha
kalau berbadan comel atau kurus kerempeng tidak menjadi halangan ya kawan kawan untuk menyertai GADIS BLOGGER BY KZ NABIHAH . korang akan menjadi awesome bila tetiba dapat FIRST PRIZE . aku galakkan la kepada yang ada HATERS ,STALKER . sebab korang kena post pic anda yang sangat awesome supaya anda boleh menang dan dapat buat haters tegar anda berbulu bulu jeles . dan benda ni satu perkembangan positif untuk anda juga sebenarnya !peduli kan mereka yang dengki sebab dorang semua tak ada apa yang anda ada.seriously aku cakap . aku suka tengok perempuan cantik dan kalau nak cantik kena pakai benda yang cantik.
bytheway . badan aku memang dah tak cantik macam dulu ohemji ! tapi kau kena berani so kalau nak lebih berani kena la pergi KZNABIHAHA blog untuk membeli baju yang sangat sangat cantik sebab aku pun ada beli jugak .eh silap .kakak aku beli aku pakai . terima kasih ! oleh itu jangan segan segan nak bergaya sebab tak salah selagi anda mengikut apa yang betul dan tidak .
ini aku persembahkan kepada OWNER KZ NABIHAH YANG AWESOME !
#erk.mintak maaf terupload banyak. hikhik
okay ! aku dah sudah . anda bila lagi ? marilah bersama sama menyertai contest GADIS BLOGGER KZNABIHAH ! anda pasti tidak menyesal . terima kasih
tag !! random guys !

terima kasih sudi baca .LIKE lah saya ! haha

nv

welcome 2012 yawwww !

Views
Assalamualaikum ! Selamat tahun baru peeps ! azam baru ? soalan cliche orang akan tanya . kenapa tak ada orang tanya berapa banyak kau nak boyfriend baru kau ? ape brand favourite kau tahun ni ? bla bla . whatevaaa . haha cakap pasal new year atau tahun baru . aku tak nak pasang azam banyak banyak .tapi ada la jugak. eh tapi msti kau kata aku ni budak di takuk lame. you're so lame erlina .tak ada azam baru . ape kau nak duduk je macam tu sampai bila bila . jadi budak yang tak ada masa depan ? tak nak bagi family kau berbangga dengan kau ? ouh mannn . drama siot ! bagi aku lah . bukan bagi kau . kalau kau pasang azam beriya iya tapi kau tak buat accane eh ? kau dok promot sana sini pasal azam kau nak bagi semua orang baca . tak de hal . tapi azam tu bia betul la . buat . tak pun kau rewind balik azam kau masa 2011 . apa yang kau nak ? kau dah buat belum ? tercapai tak ?kalau tak kau guna azam yang sama jadikan balik azam kau 2012. baru cooliauu. baru nampak sangat kau memang nak sangat azam kau tercapai . atau kau list sampai 100 azam kau contoh aku nak blackberry 1. aku nak dapat pakwe handsome . aku nak buat muka lagi cantik bla bla. kalau tercapai alhamdullilah . kalau tak tercapai atas rezeki masing masing .cube lagi next time. hidup ni macam roda . kejap kau kt atas. kejap kau kat bawah . tak ada selamanya hidup kau nak menongkat langit. ada masa kau rebah menyembah bumi . yang penting hati . selagi iman sentiasa kau bawak kemana kau pergi. insyallah hidup yang tenang tu yang kau temui . dan semoga dapat jumpa kawan susah senang kau sebab satu dalam sejuta belum tentu ada. eh apahal ? haha p/s: korang mesti rasa nak pijak muka aku sebab aku macam membawa kemusnahan kegembiraan kau kan. HAHA . sory la .
selamat tahun baru.semoga hidup anda lebih diberkati ! amin .

nv

kau terbaik. bukan aku

Views
Assalamualaikum!
manusia diciptakan untuk saling menghargai satu sama lain. saling mengingati satu sama lain .saling sedar menyedar satu sama lain dan berkorban satu sama lain tapi jangan kau pulak yang terkorban. tapi kalau aku je asyik nak ingat kau tapi kau tak pernah nak ingat aku macam mana pulak ? kalau kau asyik rasa kau bagus orang lain tak bagus dah lain sangat dah tu . eh mukadimah aku nak emo sangat pulak . benci !
semua orang ada lidah . tak kira lah lidah kau tu panjang ke. pendek ke. tak ada lidah ke eh suka hati kau lah . tapi orang cakap lidah tu lebih tajam dari pedang . yeke? bak mai aku try . aku nak bagi kau sedas dua kita tengok telinga kau jadi berapa . kita aku dan kau sebagai manusia biasa ni memang tak lari la dari bermulut puaka . tapi kadang kadang kita tak sedar betapa puakanya mulut kita sampai ada orang yang boleh terasa hati . walaupun kita rasa eh aku cakap main main je la weh . apasal sampai dia tak tegur aku ni ? hakikatnya main main kau tu lah benda yang paling sakit orang yang menerimanya nak terima .paham tak ? tapi benda tu kita tak sedar sebab kita bukan sedar apa yang kita dah buat dengan orang . orang pun lagi lah tak sedar apa yang dia dah buat dengan kau .
mulut kau . perangai kau . tingkah laku kau .
hanya kau yang tahu . dan jangan ingat selalu rasa diri ka betul kau dah cukup hebat .
biar diam tapi tak bermakna kalah . jangan memekak macam langsi sebab ingat kau hebat .
dan untuk semua. aku dengan rendah hatinya nak memohon maaf sama ada dekat kau atau kau yang orang cakap kau ada kecil hati dengan aku. mulut aku memang lancang. kau sendiri tahu . dan kau sendiri mempunyainya . tapi kenapa sekarang ? ah. malas aku nak fikir. sebab malas aku buat entry macam ni . lepas ni jangan pulak masukkan duit dalam account aku sebab simpati.HAHA
tak guna bercerita panjang kalau menyakitkan hati orang.oleh itu babai !

entry aku macam haram . tapi sila like ya ! baca jangan dok folow tak tentu hala .kbai.HAHA

nv

review : catalyst product

Views
Assalamualaikum !
hai bloggers. how much i miss u all semua .ohh. haha. sepak je aku ni. disebabkan aku dah lama sangat tak update dan orang mula bertanya (poyo). nak gelak. hahahaha. aku dengan baik hatinye nak share dekat korang semua pasal satu product . name die CATALYST. MINYAK KELAPA DARA . okay.meh sini aku terangkan pasal product ni . jeng jenggg..
#the science of better being !
bagi diri sendiri yakni aku la bila aku dah pakai .ofcourse muka rasa lagi cantik .kalau kau rase muka kau memang dah cantik tak payah la pakai. membazir. untuk aku yang cantik tapi lagi nak cantikkan .aku kena pakai .(rolled eyes).haha. masa mula-mula pakai memang aku menyampah tengok muka aku sendiri. bapak la jerawat naik dengan segar dan bugarnya . rase nak tumbuk muka sendiri kuat-kuat . nak nak time tu first raya pulak . haish .memang menangis tengok muka sendiri bukan sebab sedih .LOL .pendek dan panjang kata muka kau akan jadi licin and lembab fresh dari ladang semua la. okay tu bab muka. kalau bab badan pulak okay la. benda ni die cakap boleh kuruskan berat badan. tapi aku makin banyak makan pulak . accane tu ? haha. mase mula-mula makan memang nafsu makan kuat kot. nak sedapkan hati sendiri.fine la kan.haha
#muka aku masa baru pakai. kau tengok sendiri la.malas aku nak cakap .first raya bai.haish. haha
#ohmak kau ! gila muka macam ni. haha. lepas pakai. okay la.aku ni tak lawa.pakai ape pun tak lawa. fine !
bagi sesiapa ade masalah period lagi bagus. senang korang nye blood flow nak jalan . tak ade la tersekat sekat. tu yang boleh sampai jadi kaki dekat atas sambil baring sebab period pain . lepas tu nak jalan pergi toilet merangkak . pengalaman sendiri bai. haha. bila bangun tidur rasa oh . segarnya sambil bukak tingkap dan berkata sedap nescafe abang.. cis! ape kena mengena. HAHA. tapi standart kot bila nak period muka mesti naik jerawat. perkara biasa. korang jangan ingat aku tpu pulak. tengok dah seketul jerawat kt kening aku. cara makan pulak telan je semua lepas tu jumpa kat hospital .haha .tak ade la. makan sehari 2 kali. pagi and malam. dan untuk kesan yang menakjubkan sapukan dekat muka. korang kena tebuk la benda tu . yang lain lantak korang .haha.pandai pandai la nak hidup. hahaahaha. so kalau korang rase macam tertarik dan tergoda dgn review aku ni boleh la like.eh tetibe.haha.tak de. boleh la order sekarang .aku dah pakai 100 botol. kalau tak okay jugak aku nak pakai susuk . hahaha. boleh la order dekat CIK IRINE NADIA kita yang sangat hot dan comel ni . korang yang nak jadi cantik macam die ni boleh la baca sendri ape kebaikan die. aku malas la nak type panjang-panjang walaupun boleh je copy paste. malas la katekan.lagi elok kalau makan dengan collagen die. aku bagi mak aku pakai dah muke die jadi merah, anyonyoo mama macam baby la merah-merah gitu, hahaha. harga boleh cek sendri yaw.jangan jadi pemalas. okay. itu saja untuk malam ini.. bertemu kita dihari dan waktu yang sama . babai.kerana dirimu begitu berharga.semoga kulit anda menjadi licin .wow !babai
like kalau suka ! xoxo

nv

away...

Views
Assalamualaikum
hai peeps.aku sekarang bukan lagi pemblog tegar mahupun tak tegar.cuma masa yang tak mengizinkan. walaupun tengah cuti sem( tak payah nak cuti sangat) aku masih banyak kerja nak dibuat. dan minggu ni aku kena pergi kursus IBS. what the heck.cuti-cuti canggini aku kena pergi benda haram jadah . kau tahu tak ape erti cuti bagi budak-budak yang macam aku ? cuti tu heaven gila walaupun orang kata duduk rumah lagi mengemokkan badan. eh.aku peduli ape .makan la selagi kau boleh makan. kang kalau makan guna tube dah susah pulak. haha.bak kata dak apit.

kau bace title aku. away ? haha. macam nak away sangatla kau kan. tapi memang betul kot.relek la der.seminggu kot. okay .seminggu tu kau boleh buat macam macam benda hokeh.macam duduk melangok depan tv samapi adik aku cabut reader card astro wth. melagha tengok internet sambil menghabiskan duit beli baju. hai QOMA BOUTIQUE !lepas tu makan.dapur tu pun kalau boleh nak dimaki hamun nye aku sebab balik-balik muke aku je terjojol dekat situ. hahaha.tapi macam aku cakap la. buat la selagi termampu sebab nanti kalau dah tak mampu menangis la kau . mase tu tak di layan deee.

sebenarnye dah lari dari tajuk .ciss.bedebah. nampak sangat suke bazirkan masa.sebab tu masa exam konon-konon tak sempat nak study.lepastudapatresultteruk.hahaha.fineee.kutuk aku.dah la.aku nak cakap aku kena pergi kursus tu je. dekat PD je pun. tak gempak.alang-alang pergi la jauh sikit.baru nama eh belajar sambil bercuti.tapi disebabkan ayah aku tak ade share dengan poli.maka aku pendamkan je la hasrat aku. sem depan nak masuk pilihanraya la.mane tahu ade rezeki utk kalah. HAHAA

#nampak sangat gaya sedih tanak tinggalkn cuti aku yg bermakna ni.whatevarr


kalau suka like la yer ! xoxo

nv

exam time !

Views
Assalamualaikum
semua orang tengah exam sekarang . aku pun. tapi aku punya dah lepas. alhmdullilah .tak payah nak tanya pasal result sekrang sebab kalau nak diikutkan result memang mengerikan .time-time macam ni lah mule lah nak cakap betapa menyesalnya aku sebab tak belajar masa-masa test.quiz whatsoever yang boleh help ur PB marks and ur final exam .time exam la semua orang sibuk sangat . time tu mula la study dekat depan rumah dengan member-member yang sama je tak paham sampai pukul 2 pagi lepas tu pakcik rukun tetangga datang menjeling-jeling kalau nasib tak baik kena sound dulu. roomates yang course lain mula la muncung-muncung konon menganggu kau nak tidur. susah kan. being a engineering student is the most hard thing in my life.tak ade mase nak update blog walaupun blog aku ni cikai je.kalau aku cakap aku taka de mase nak study korang mesti kena percaya. sebab aku kena buat banyak sangat benda sampai aku rase penat dan aku rase aku malas nak study. tak ade mase nak berpoya-poya jugak.hahaha. tipu bhai bila aku cakap aku tak ada mase nak berpoya2.HAAHHAH.kalau family aku datang sini. dorang mesti cakap mane tempat yang best? aku pun cakap la. sampai ayah aku tahu la aku dah puas meroyan dekat sini. hahaah
bila dah dekat exam mule la semua orang macam tak cukup tanah. bergaduh bagai nak cakap kau punya method la yang betul. yang tak boleh blah ade je nak betah orang cakap. kelakar wookkk. tapi standart la kan. nak exam. semua rase die je yang betul supaya senang tak payah bace buku banyak2. sebab kau rase kau terror dalam satu2 subject.bagusla macam tu . tapi yang tak bagusnye kau kedekut.tak nak ajar orang yang tak hebat macam kau sebab kau tak nak orang yang kau ajar tu dapat result tinggi dari kau . budak pandai memang macam tu eh ? demmmm.masa exam tu la aku sibuk nak kemas barang nak pindah rumah . barang dah la banyak gila. time tu semua serabut mana yang nak bace buku . mana nak kemas barang lagi .tapi alhamdullilah dapat jawab. tengok je la result.

this entry credit to http://honeykoyuki.blogspot.com/. sebab dia ade cakap pasal exam . sama je situation dengan aku .hahaha.thks yer akk :)


p/s: blog under renovation. tapi lappy lembab nak mam . patut tak aku campak kt longkang je?


nv

wordless saturday #

Views
Assalamualaikum !
semua yang terjadi kehendak allah dan ada hikmah sebaliknya .
&
dan mulut yang berkata-kata perlulah sepadan dengan apa yang nak diucapkan supaya tak ada orang menyampah .
perangai pulak mestilah tak payah nak pelik sangat . sebab bosan .
nv

rayaa tak seraya mana

Views
assalamualaikum !
hai comels ! haha. lame okay tak dapat update blog . sangat busy . konon-konon lepas raya nanti nak update belog pasal raya la bagai . last sekali haram .broadband terminated . tak bayar . sebab ptptn aku yang comel tu belum dapat lagi .makanya terpaksa la meleser-leser dengan mak aku mintak bayar kan . cis ! i hate when i've to talk about my ptptn !
so how korang punya raya? awesome la kan. dengan baju yang omg ! berkilat-kilat dan time sembahyang raya dekat masjid orang mula pandang korang sambil soksek soksek bercerita pasal baju raya baru anda . dan boleh gunapakai untuk nikah nanti.haha.dan aku mula terasa tak kena langsung kalau nak bercakap pasal raya sekarang. eh hello . baru raya ke 16 dan mula rasa macam tu . raya sekarang bukan macam raya dulu . dan cuti sekarang bukan macam cuti dulu . cuti dulu-dulu sampai sebulan. tapi sekarang seminggu tu pun dah cukup bersyukur dari langsung tak dapat cuti .haish . alahai . tak payah nak cakap pasal cuti sangat la erlina oi . kau dah masuk poli balik dah dan dah 2 minggu asyik balik rumah je .tumbuk tahu la !
dan selepas raya , baru beberapa hari raya dah kena serbu dengan benda yang mengejutkan ! dan time ni la mula rase oh . FB ni kadang-kadang tak perlu wujud dan tak ada la SOMEONE akan send message mengarut .okay ,aku angap kau stalker aku ! kah kah kah .
dan aku mula rasa yang aku makin teruk sebab result utk segala test lepas raya very the bad and boleh buat aku bunuh diri . kau paham tak maksud yang aku cuba sampaikan sekarang ? maksudnye aku sangat down sekrang . tolong la korang semua bagi aku up sikit .fuhh .dan aku teringat kakak aku pesan nak berjaya bukan pasal orang lain.tapi diri sendiri. kalau itu keputusan yang aku dapat ,
itulah rezeki aku . jangan sama kan diri dengan orang lain dan jangan jadikan orang lain sebagai sebab .btw ,i'm sorry you . (lap dahi.fuhh!)
#aku nak showoff jugak baju raya ! auwww
dah dah .aku tak nak buat benda mengarut sekarang . haha . babai. jaga diri .
nv
copyright@ ERLINA BUNGA sahaja.TERMS